Kecoh di Facebook seorang wanita mendakwa kakak iparnya memadukan abang kandungnya selama bertahun-tahun.
Kakak iparnya didakwa mempunyai suami lain dan hanya terbongkar selepas penduduk kampung serta keluarga menangkapnya bersama suami kedua.
Kantoi dua surat nikah berbeza suami

Dalam hantaran itu, dia turut menyertakan surat nikah abangnya yang sah bertarikh Mac 2016 serta satu lagi surat nikah dengan suami kedua di Thailand pada November 2024.
Dakwanya, kakak ipar yang berasal dari Terengganu telah berkahwin secara sah dengan lelaki lain selama setahun satu bulan, manakala secara tidak sah pula selama tiga tahun.
Didakwa bergilir-gilir siang dan malam

Dalam luahan itu, dia mendakwa kak iparnya berulang alik antara dua rumah lelaki setiap hari. Siang hari berada di rumah suami kedua yang berasal dari Johor dan menyewa di Kelantan.
Dan malam pula pulang ke rumah suami pertama. Jarak antara rumah suami pertama dan suami kedua dikatakan hanya sekitar 19 kilometer, menyebabkan wanita terbabit mudah bergerak tanpa disedari.

Dakwanya, wanita tersebut akan berulang secara bergilir setiap kali abang keluar bekerja. Lebih mengecewakan apabila wanita terbabit didakwa masih mempermainkan mereka sekeluarga walaupun sudah tertangkap.
Malah didakwa membuat laporan palsu sehingga mengganggu keseluruhan keluarga. Dalam perkongsian itu, dia mempersoalkan tindakan kakak iparnya yang sesuka hati mempermainkan agama.
Tambahnya, kakak iparnya kini masih enggan keluar dari rumah abangnya walaupun hampir seminggu kantoi. Katanya, tiada sebarang tindakan lagi daripada pejabat agama setakat ini.
Pssttt! Oh! Media faham betapa peritnya bila rumah tangga ahli keluarga sendiri didakwa dipermainkan sampai tahap begini. Jika benar seperti yang diceritakan, ia bukan saja menyentuh soal emosi tetapi juga maruah dan hukum agama. Diharapkan pihak berwajib dapat menyiasat dakwaan ini sebaiknya.
Kredit: Facebook Ekin Derahim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.



