Nani cipta lontaran emas

Nani cipta lontaran emas

saifulaffendy@hmetro.com.my

Bangkok: Kem olahraga negara meraih satu lagi pingat emas menerusi Nani Shahirah Maryata yang mencipta kejutan dalam acara lontar peluru di Stadium Suphachalasai, Bangkok, hari ini.

Dia melakukan lontaran 16.36 meter (m) untuk meraih emas sekali gus mengatasi rekod kebangsaan miliknya sendiri iaitu 15.39m di Perlis Super Series di Kangar, tahun lalu.

Perak menjadi milik atlet tuan rumah, Areerat Intadis dengan catatan 16.04m.

Gangsa milik Huyen Kim Thi dari Vietnam yang melakukan lontaran 15.92m.

Terdahulu, Grace Wong mempertahankan emas baling tukul wanita di Stadium Suphachalasai, Bangkok, hari ini dengan catatan 65.41m sekali gus memadam rekod kebangsaan dan Sukan Sea miliknya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top