Kamal Adli Semakin Segak, Dipuji Persis Shah Rukh Khan – “Saya Kena Kurus Sebab…”

Kamal Adli Semakin Segak, Dipuji Persis Shah Rukh Khan – “Saya Kena Kurus Sebab…”

Penampilan terkini pelakon, Kamal Adli menjadi sebutan hangat peminatnya yang tampil memuji bentuk fizikal badannya semakin kurus.

Menerusi sebuah video siaran langsung di TikTok miliknya, Kamal atau nama lengkapnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, mengakui dia perlu menurunkan berat badan demi menjayakan watak dalam sebuah filem.

“Saya kena kurus sebab saya ada penggambaran filem Takluk dua nanti. Jadi saya perlu buat badan.

“Tunggulah nanti saya akan post badan tak berbaju, tak adalah Mak saya marah nanti dia cubit,” katanya berseloroh

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat sosok tubuh badan bapa anak satu ini.

Malah, ada juga dalam kalangan mereka yang menyamakan wajah Kamal bersama selebriti terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan.

Meskipun kini berdepan ujian rumah tangga bersama isteri, aktres Uqasha Senrose, namun netizen menyifatkan Kamal seorang suami yang tidak putus semangat terutamanya dalam mencari rezeki.

@

♬ –

Terdahulu, rumah tangga Kamal diuji selepas isterinya, Uqasha Senrose, memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu atas alasan tiada persefahaman.

Pasangan ini bernikah pada 4 November 2021 dan mempunyai seorang anak perempuan, Hawra Uqaira.

Artikel Berkaitan: “Ramai Orang Sangka Tahun Ini Saya Bersinar, Tapi…” – Kamal Adli Mengaku Rezeki Mencurah Tapi Hati Rasa Kosong

Scroll to Top