Konsert Barbarik 'hidupkan' Odeon KL

Konsert Barbarik 'hidupkan' Odeon KL

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Kumpulan Barbarik akan tampil mengadakan satu lagi konsert Pentas Barbarik: Live @ Odeon Kuala Lumpur (KL) Part 2 pada 31 Januari depan.

Berita itu dikongsikan vokalisnya, Muss di Pentas Barbarik: Live @ Odeon KL yang berlangsung malam tadi.

“Acara seterusnya, kita nak beri peluang kepada mereka yang belum sempat untuk datang ke konsert malam ini, bagi sama-sama merasai pengalaman konsert kami.

“Lokasinya masih sama, di Odeon KL. Kami kekalkan lokasi ini kerana nostalgianya buat kami dan kita semua,” katanya kepada Harian

Selain Muss, Barbarik dianggotai JoBranko, Rozaimi dan Ainol mempersembahkan 16 lagu antaranya lagu popular mereka, Peluru Cokelat, Hidup Sederhana, 18,000 Sayap dan banyak lagi.

Turut tampil di pentas dan menjayakan persembahan adalah bekas anggota kumpulan Wings, iaitu Jojet, Eddie, Black dan Mel.

Konsert Pentas Barbarik: Live @ Odeon KL berjaya mengumpulkan lebih 2,500 peminat dan menjadi acara konsert sulung yang diadakan di Odeon KL.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top