'Jika mampu, jangan lengah tunai umrah' – Ameng

'Jika mampu, jangan lengah tunai umrah' – Ameng

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi Ameng Spring yang kini sedang menunaikan umrah di Makkah menyeru individu yang berkemampuan tidak berlengah untuk melakukan ibadah terbabit.

Seruan ini dibuat Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail, 56, menerusi video yang dimuatnaik di media sosialnya.

“Assalamualaikum. Saya Ameng Spring. Saya cadangkan kepada anda, dan mereka yang mampu, datanglah ke Makkah. Kepada anda yang mampu, datanglah ke Makkah ini, jangan tunggu lagi, jangan ragu-ragu.

“Kerana di sinilah tempat yang selayaknya kita membelanjakan duit kita itu. Dengan itu, carilah travel agensi yang sesuai ataupun tanya mereka-mereka yang berpengalaman untuk anda datang sama ada menunaikan umrah ataupun menunaikan haji.

“Percayalah, anda tidak akan menyesal. Lillahitaala. Assalam.” katanya penuh makna.

Penyanyi lagu ‘Sampai Hati’ itu menunaikan umrah bersama isteri, Sabariah Zakariah sejak enam hari lalu yang diketuai oleh penyanyi Nizam Laksamana.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top