New York: Dua orang terbunuh dan lapan cedera parah dalam kejadian tembakan di Universiti Brown, pada Sabtu, kata pihak berkuasa, sementara suspek masih bebas.
“Saya boleh mengesahkan bahawa terdapat dua individu yang meninggal dunia petang ini, dan terdapat lapan lagi dalam status kritikal,” kata Datuk Bandar Providence, Rhode Island, Brett Smiley pada sidang akhbar.
Beliau berkata, penembak itu masih belum ditahan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




