Bakal Ke Penjara Korea Tapi Masih Berlagak ‘Play Victim’, Bekas Kakak Ipar Selar Kim Seri

Bakal Ke Penjara Korea Tapi Masih Berlagak ‘Play Victim’, Bekas Kakak Ipar Selar Kim Seri

Trending

Bekas kakak ipar dakwa Kim Seri tipu RM330k, gagal hadir mahkamah Korea dan bakal diekstradisi selepas tamat hukuman penjara.


Isu membabitkan seorang wanita dikenali sebagai Kim Seri kembali jadi perhatian selepas dia didakwa bakal dipenjara di Korea Selatan.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina berkata, kesnya kini telah dibawa ke mahkamah untuk ditentukan berapa tempoh hukuman penjara dikenakan.

BACA: “Scammer Duit Saya Dah Nak Kahwin” – Kim Seri Diperli Mangsa Hutang

Memberi respon kepada perkara itu, bekas kakak ipar Kim Seri menyelar sikap wanita itu yang dikatakan masih berlagak mangsa.

Kim Seri

Dakwanya, Kim Seri sehingga kini enggan mengaku perbuatan sendiri dan meletakkan kesalahan ke atas adiknya (bekas suami Kim Seri).

Selangkah lagi nak ke penjara masih berlagak playing victim… dalam pada tu dah termengaku semua jenayah scammed dia… kau yg ambil duit, kau yg gunakan duit org serupa pakai duit sendiri, jadi off course kau yg kena hadap kesannya.

Dia turut mendedahkan bahawa selepas selesai menjalani hukuman di Korea, wanita itu berkemungkinan besar akan diekstradisi ke Malaysia.

Menurutnya lagi, Kim Seri didakwa telah menerima notis rasmi daripada Pejabat Pendakwa Raya Korea Selatan tetapi tidak menghadiri prosiding tersebut.

Kim Seri didakwa tipu duit syarikat RM330k dan libatkan 70 mangsa

Kim Seri

Lebih berat, Kim Seri turut didakwa menipu sebuah syarikat sebanyak RM330,000 dari bulan Mei hingga November, melibatkan kira-kira 70 kakitangan.

Menurutnya, bukti terhadap Kim Seri sangat jelas melalui rekod perbualan, panggilan video serta siasatan forensik digital.

Pssttt! Bila hal sebegini berlaku, mangsa bukan sahaja hilang duit malah terpaksa menanggung tekanan emosi yang panjang. Jika semua bukti telah dikumpulkan, biarlah pihak berkuasa Korea dan Malaysia menjalankan tugas mereka. Semoga mangsa mendapat keadilan dan kes ini menjadi peringatan untuk lebih berhati-hati dalam urusan kewangan dengan sesiapa sekalipun.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top