Kanak-kanak maut kereta dipandu datuk terbalik

Kanak-kanak maut kereta dipandu datuk terbalik

bhnews@bh.com.my

Ipoh: Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas kereta yang dinaiki bersama datuknya terbalik di Jalan Baginda, Manjoi di sini malam tadi.

Nahas jam 8.40 malam itu menyebabkan Az Dian Raisya Qistina Mohamad Hafisrudin, 4, maut ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) manakala datuk mangsa, Jamil Sumawan, 69, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan awal mendapati, kereta Proton Iswara Aeroback dipandu Jamil hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik.

Menurutnya, akibat kemalangan itu lelaki itu bersama cucunya cedera dan dihantar ke HRPB untuk mendapatkan rawatan, sebelum kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia sekitar 10.05 malam.

“Kejadian berlaku ketika datuk mereka dari Meru hendak balik ke rumah. Mangsa di tempat duduk penumpang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kes disiasat Mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top