Oh! Artis
Elyana disahkan bebas kanser limfoma pada Disember 2021 namun sel barah dipercayai kembali aktif.
Perkongsian terbaru penyanyi Elyana sekali lagi menyentuh hati ramai apabila dia dilihat membotakkan rambut yang gugur akibat rawatan kimoterapi.
Dalam perkongsiannya, Elyana berkata dia perlu kuat demi anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.
Elyana perlu kuat demi anak-anak
Beliau juga menghargai doa dan sokongan orang ramai yang tidak putus-putus mengirimkan kata-kata semangat.
Terdahulu, Elyana disahkan bebas kanser limfoma pada Disember 2021 selepas 11 tahun berjuang. Namun, Elyana dimaklumkan bahawa sel penyakit barah berkenaan berpotensi kembali aktif sekiranya tidak meneruskan rawatan kemoterapi seperti saranan doktor.
Pssttt! Melihat perjalanan Elyana yang penuh semangat ini, Oh! Media kagum dengan kekuatan seorang ibu dan seorang pejuang kanser yang tidak pernah mengalah. Kami mendoakan Elyana terus diberi kesembuhan, ketabahan dan sokongan daripada insan-insan tercinta. Semoga perkongsiannya menjadi inspirasi buat semua yang sedang melalui ujian berat.
Kredit: Instagram Elyana
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




