Tercalon dalam kategori Penyanyi Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular ke-37 (ABP37), penyanyi Amira Othman berkata dia tidak terfikir untuk menang mahupun tercalon dalam mana-mana anugerah kerana sedar dirinya tiada apa.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Amira berkata ramai lagi calon yang lebih hebat namun dia melihat sokongan peminat adalah satu rezeki buat dirinya.
BACA: “Soalan Hamil Sebenarnya Agak Sensitif” – Amira Othman
“ABPBH semalam, memenangi atau tercalon dalam mana mana award jarang sekali saya terfikir sebab menyedari diri yang tidak ada apa-apa pun. Ramai lg hebat-hebat. Tapii melihat peminat, penyokong, fan club bersungguh-sungguh support saya adalah satu rezeki yang tak mungkin mampu saya balas.
“Menang kalah adat pertandingan tapi yang amat besar untuk saya adalah sokongan kalian semua sepanjang perjalanan saya dlm industri,” katanya.
Menurut Amira lagi, kerjayanya dalam bidang seni tidak akan berlaku jika tanpa sokongan daripada peminat serta menzahirkan ucapan terima kasih dari hati.
“Jatuh bangun susah senang, tidak ada apa-apa pun saya tanpa kalian semua. Pastii lah Allah yang menyusun semuanya. Terima kasih dari hati saya. Sayanggg semua,” tulisnya.




