Trending
Bekas isteri Nubhan jelaskan isu bibik cium anak di hospital. Bukan cetus kontroversi, tapi demi kesihatan anak.
Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek akhirnya tampil memberikan penjelasan susulan kontroversi pembantu rumah didakwa mencium anak lelakinya di bibir ketika berada di hospital baru-baru ini.
Menurut laporan mStar, Dr Afifah sebelum ini bukan untuk mencetuskan salah faham, sebaliknya didorong oleh kebimbangan terhadap tahap kesihatan anaknya yang ketika itu sedang mengalami jangkitan paru-paru.
Saya cuma tidak berpuas hati, sebagai seorang ibu dan doktor saya rasa perkara ini penting untuk masyarakat tahu bila berada di hospital tolong jaga adab.
Perkongsian saya tempoh hari adalah untuk menyatakan perasaan saya yang melihat situasi (cium) itu berlaku.
Dr Afifah utamakan keselamatan anak-anak

Dr Afifah turut menegaskan, suasana hospital memerlukan pemahaman dan disiplin tinggi, termasuk menjaga jarak, memakai pelitup muka serta memastikan kebersihan.
Normal untuk orang datang hospital perlu jaga jarak, pakai pelitup muka dan pastikan kebersihan semua terjaga. Saya tak tahu kenapa masih ada yang tidak faham.
Mengulas dakwaan hubungan rapat antara pembantu rumah dan anaknya, Dr Afifah menegaskan tiada siapa mempunyai hak mencium anaknya tanpa kebenaran, walau seakrab mana sekalipun.
Sama ada hubungan bibik dan anak saya rapat atau tidak, itu tetap anak saya.
Tak timbul isu disebabkan mereka rapat, bibik ada kelebihan untuk buat macam itu dengan anak saya.
Beliau turut menambah, sebagai ibu, dia berhak menegur sesiapa sahaja jika merasakan kesihatan anaknya berada dalam risiko.
Bibik dah tentu-tentu tiada hubungan dengan anak saya, tak tahu apa sejarah kesihatan lampau dia di Indonesia. Jadi saya tak rasa layaklah untuk dia berada dekat dengan anak saya dan mencium.
Nubhan nafi perbuatan cium seperti yang didakwa

Dalam pada itu, Dr Afifah mengulas kenyataan Nubhan yang menafikan berlaku perbuatan mencium seperti didakwa dan mengakui masih mempertimbangkan langkah seterusnya.
Buat masa sekarang saya tengah fikir nak buat macam mana, sama ada buat laporan polis atau tidak.
Kalau dia menafikan pun, saya tak boleh nak cakap apa-apa kerana tiada apa boleh dibuktikan.
Pssttt! Sebagai ibu bapa, naluri melindungi anak itu utama. Di hospital, hormati ruang, jaga adab dan kebersihan kerana kesihatan bukan perkara boleh dipandang ringan.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




