Aliff Syukri Sumbang RM2 Juta Zakat, Penyumbang Tertinggi Di Selangor

Aliff Syukri Sumbang RM2 Juta Zakat, Penyumbang Tertinggi Di Selangor

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur diumum sebagai penyumbang zakat perniagaan tertinggi selepas menunaikan zakat berjumlah RM2 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Memetik BH Online, Aliff berkata zakat merupakan amanah yang wajib ditunaikan bagi membantu mereka yang memerlukan.

BACA: Siti Nurhaliza, Aliff Syukri Penyumbang Zakat Tertinggi

“Apabila pihak Lembaga Zakat Selangor memaklumkan syarikat saya menjadi penyumbang tertinggi sebanyak RM2 juta tahun ini, saya rasa teruja dan bersyukur.

“Bukan bangga untuk menunjuk, sebaliknya rasa syukur kepada Allah. Ini juga jumlah sumbangan tertinggi daripada syarikat kami sepanjang menunaikan zakat kepada LZS,” katanya.

Sementara itu, Aliff berkata dia pernah menjadi penerima zakat termasuk menerima bantuan kelengkapan sekolah dan makanan dan bersyukur kini dapat membantu orang lain.

“Dulu saya juga penerima zakat. Sejak kecil, saya menerima bantuan pelajaran, kelengkapan sekolah dan makanan.

“Saya bukan pelajar yang cemerlang, malah pernah gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun, alhamdulillah hari ini saya pula dapat membantu orang lain,” katanya.

Sumber: BH Online


Scroll to Top