Doktor perubatan dan pempengaruh media sosial, Dr Malar tampil memohon maaf selepas dirinya dikritik hebat isu jemputan di sekolah.
Dalam satu hantaran video, Dr Malar mengakui kekhilafan sendiri selepas kenyataannya sebelum ini menimbulkan salah faham ramai pihak.
BACA: “Apa Salah Saya?” – Influencer Jadi Jemputan Di Sekolah Tampil Pertahankan Diri
Dr Malar nafi hina lulusan SPM, tampil mohon maaf
Beliau tidak berniat merendahkan lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mahu meluruskan perkara yang telah tersasar daripada konteks asal hingga menyentuh sensitiviti masyarakat.

Dr Malar menjelaskan maksud sebenar berkata, siapa yang dibawa ke sekolah akan memberi inspirasi kepada para pelajar.
Para pelajar akan merasakan jika tidak belajar, mereka boleh menjadi usahawan seperti contoh yang dibawa kepada mereka.
Jika bawa engineer oil and gas, budak-budak akan rasa, aku nak jadi macam tu la. Kalau bawa pegawai polis atau bomba, budak-budak akan rasa nak menjadi pegawai juga. Budak-budak ni dorang tak matang lagi tau.
Dr Malar bagaimanapun mengaku perkataan yang digunakan dalam komen terhadap pempengaruh Faiz Soul tidak tepat sehingga orang ramai merasakan dia merendah-rendahkan lulusan SPM.
Malah dalam perkongsiannya, Dr Malar berkata dia perlu masa untuk bertenang dan menerima dengan terbuka teguran orang ramai.
Pssttt! Kadang-kadang niat kita nak memperbetulkan sesuatu boleh jadi salah faham bila mesej tak sampai seperti yang dimaksudkan. Situasi Dr Malar dan Faiz Soul ini jelas tunjukkan betapa sensitifnya ruang media sosial, terutama bila melibatkan soal pendidikan dan kredibiliti. Apa pun, langkah Dr Malar meminta maaf secara terbuka patut dipuji agar isu dapat reda.
Kredit: Threads | TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




