MetMalaysia Keluarkan Amaran Bahaya, Hujan Berterusan Di Beberapa Negeri | Trending – Oh! Media

MetMalaysia Keluarkan Amaran Bahaya, Hujan Berterusan Di Beberapa Negeri | Trending – Oh! Media

Trending

MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan hingga esok melibatkan Pahang, Terengganu, Johor dan beberapa negeri lain. Orang ramai diminta berwaspada.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan beberapa negeri sehingga esok, susulan jangkaan cuaca buruk yang boleh membawa risiko banjir dan bencana lain.

Menurut laporan Kosmo, amaran ini dibahagikan kepada tiga seksyen iaitu Seksyen A (Bahaya), Seksyen B (Buruk) dan Seksyen C (Waspada).

Seksyen A: Amaran tahap bahaya di Pahang

Ohmedia hujan Lebat

MetMalaysia memaklumkan, hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang melibatkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin.

Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang melibatkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin sehingga Khamis ini.

Seksyen B: Terengganu berdepan hujan tahap buruk

Hujan Lebat

Bagi Seksyen B (tahap buruk) pula, hujan berterusan dijangka melanda Terengganu, melibatkan daerah Dungun dan Kemaman.

Dalam masa sama, amaran ini turut melibatkan Pahang (Jerantut, Maran dan Bera) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) sehingga esok.

Seksyen C: Amaran waspada libatkan banyak negeri

Hujan Lebat

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di sembilan buah negeri sehingga esok.

Antara kawasan terlibat ialah:

  • Kelantan
  • Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang)
  • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh)
  • Selangor

Selain itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) turut berada dalam senarai amaran.

Pssttt! Cuaca tidak menentu boleh mengundang bahaya. Kurangkan perjalanan jika tidak perlu, pantau info rasmi dan sentiasa utamakan keselamatan diri serta keluarga.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top