am@hmetro.com.my
Shah Alam: Seorang lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Sentosa, Klang Selatan, dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung satu kejadian pergaduhan itu di kawasan terbabit pada jam 11.10 malam.
“Siasatan mendapati, kejadian membabitkan seorang mangsa warga tempatan berumur 34 tahun ditetak sehingga menyebabkan kematian.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam peringkat siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shazeli berkata, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintendan Mohamed Syahrir Zabidi (012-6650895) atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan (03-33762222).
Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar dan video dipercayai berkaitan dengan kejadian terbabit termasuk keadaan mangsa.
© New Straits Times Press (M) Bhd




