Remaja menjala ikan di kebun getah naik air dikhuatiri lemas

Remaja menjala ikan di kebun getah naik air dikhuatiri lemas

am@hmetro.com.my

Kuala Krai: Remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaikinya terbalik ketika menjala ikan di kawasan kebun getah yang dinaiki air berhampiran Masjid Mukim Pemberian Al Mahdi, Kampung Pemberian, di sini, hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohd Khairul Duha Abdul Halim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 7.22 malam dan pasukan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai bergegas ke lokasi.

Katanya, dalam maklumat awal mangsa dikenali Muhammad Syahril Hakimy Sudin, 19.

“Jentera bomba tiba di lokasi pada 7.55 malam selepas menempuh perjalanan sejauh kira-kira 30 kilometer,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan dan setakat ini mangsa masih belum ditemui.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top