'Peritnya kehidupan seorang wanita'

'Peritnya kehidupan seorang wanita'

am@hmetro.com.my

Slot Akasia TV3 menampilkan sebuah drama penuh emosi, ‘Perempuan Tidak Ternikah’ yang sudah menemui penonton pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia bermula 17 Disember lalu.

Dibintangi Elizad Sharifuddin sebagai Keisya, drama ini turut menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Yusuf Bahrin, Shahz Jaszle, Ali Reza, Raden Zaharatul, Kaza, Sharifah Shahora dan Gabriel Chung.

Perempuan Tidak Ternikah mengisahkan Keisya, seorang wanita yang dibesarkan neneknya selepas ibu bapa berpisah, diuji dengan pelbagai dugaan hidup apabila rahsia silam terbongkar dan cinta yang diharapkan musnah sekelip mata.

Demi mempertahankan cinta, Keisya bernikah di Siam bersama Adli (Ali Reza), namun kebahagiaan itu tidak berpanjangan apabila dia kehilangan dua insan tersayang dalam masa singkat.

Keadaan bertambah perit apabila Keisya ditolak keluarga mentua dan terpaksa berjuang seorang diri sebagai bakal ibu.

Dalam kejatuhan itu, dia dibantu Rayyan (Yusuf Bahrin) yang membuka ruang untuk Keisya bangkit, namun trauma masa lalu membuatkan dia sukar untuk mempercayai kebahagiaan.

Drama ini mengangkat isu maruah, penganiayaan serta realiti kehidupan wanita yang sering menjadi mangsa keadaan, disampaikan menerusi penceritaan menyentuh emosi dan konflik keluarga yang mendalam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top