Nama pempengaruh Ammar Nazhan menjadi bualan hangat selepas tular video dan gambar mesranya dengan seorang wanita tidak bertudung.
Lebih menghangatkan keadaan apabila Ammar baru je bertunang dengan pilihan hatinya, Elya Maisara.
BACA: “You Lupa Ke Masa You Naik” – Baru Je Bertunang, Ada Wanita Dakwa Ditinggalkan Ammar Nazhan
Tidak mahu keadaan terus berpanjangan, Ammar akhirnya tampil memberikan penjelasan untuk membersihkan namanya.
Ammar Nazhan dakwa video dan gambar adalah editing
Dalam video penjelasan yang dimuat naik, Ammar menegaskan hantaran itu adalah fitnah kerana telah disunting.
Si dia buat satu posting mengenai saya dan dia. Sebenarnya saya boleh cakap satu je, video itu adalah video yang telah disunting dan juga gambar edit.
Ammar mengakui mungkin pernah mengenali wanita itu, tetapi menegaskan dirinya tidak pernah menjalin apa-apa hubungan seperti yang digembar-gemburkan.
Sebenarnya saya mungkin pernah kenal dia tapi saya memang serius merisik, bertunang dan kahwin dengan Elya.
Ammar turut meminta orang ramai agar menghentikan spekulasi yang boleh mencetuskan fitnah lebih besar.
@lynderss i jujur, i masuk sini memang sebab you. This is our memory, you lupa ke masa you naik, you terus tinggalkan i just like that. Kalau bukan sebab kira, i memang takkan jumpa you lagi. But now i know where you are, and I’m here with you. i harap you nampak all the waiting, the sacrifices i buat selama ni. i stayed, i waited, i never choose anyone else but you. I’m here for you, still. @Ammar Nazhan
Beliau juga menyeru individu yang menyebarkan video tersebut agar memadamnya. Ammar turut memohon maaf kepada tunangnyaa atas kekecohan yang tercetus.
Pssttt! Oh! Media berharap semua pihak tidak mudah percaya kepada kandungan yang belum dipastikan kesahihannya. Semoga Ammar dan Elya diberi ketenangan dalam melalui ujian ini dan individu terlibat tampil bertanggungjawab.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




