Pendakwah popular, Ustazah Asma’ Harun tampil menegur trend content sweet pasangan belum nikah yang semakin menjadi normalisasi kini.
Jelasnya, walaupun dibuat atas dasar kerja, content sebegitu tidak wajar dan memberi contoh salah kepada anak muda terutama jika melibatkan individu berpengaruh.
“Netizen pun galak memuji bukan menegur” – Ustazah Asma’ Harun

Ustazah Asma berkata trend ini lebih menyedihkan apabila ia berlaku dalam kalangan pemimpin masyarakat dan individu Muslim berpengaruh.

Katanya, menjelang bulan suci, content melampaui batas ini semakin banyak demi mengejar viral, promosi atau iklan.
Beliau turut menegur pemilik produk dan busana yang menggunakan strategi marketing yang tidak selari dengan syariah semata-mata untuk keuntungan.
Pssttt! Semoga teguran ini menjadi peringatan untuk content creator, pengiklan dan orang ramai agar tidak terlalu menggadaikan prinsip demi viral.
Kredit: Facebook Ustazah Asma’ Harun
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




