Pelaokon Uqasha Senrose meluahkan rasa terkilan apabila ada yang meninggalkan komen melampau sehingga membabitkan anak perempuannya, Hawra Uqaira.
Menerusi satu hantaran di Threads, Uqasha dia sedih dengan kata-kata jahat manusia apatah lagi anaknya tidak bersalah hanya kerana bencikan dirinya.
BACA: Coach Cerai Jelaskan Uqasha Senrose Tak Sempat Lagi Mula Sesi ‘Coaching’

“Uqaira, awak adalah anak perempuan Ibu. Terlampau jahat sangat kata-kata manusia sekarang ini. Ya, ibu sedih, teruk sekali orang benci ibu, tapi jangan sampai libatkan anak kecil yang tak bersalah,” katanya.
Sementara itu, Uqasha turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang memberi sokongan serta berkongsi ilmu dalam membesarkan anaknya.
“Saya baru pertama kali jadi ibu. Terima kasih kepada semua ibu yang banyak bantu Qasha dalam membesarkan Qaira. Nenda pun banyak ajar. I’m a proud mother.
“Dah nak masuk dua bulan, rindu Hawra kecil. Dah tak boleh nak pusing masa, tak boleh suruh jadi baby balik. Sekarang semua terus ke depan,” katanya.
Dalam pada itu, Uqasha berkata dia tidak akan berdiam diri susulan komen melampau ditinggalkan dan akan mencari individu tersebut.
“Saya takan berdiam diri sampai saya dapat siapa orang ni ? Dari mana semua! Dah ambil link dari Facebook. Lama mana pun saya akan buat sampai dapat itu janji saya,” tulisnya.




