Speaker DUN Perlis umum kekosongan 3 kerusi

Speaker DUN Perlis umum kekosongan 3 kerusi

PETALING JAYA: Speaker DUN Perlis, Rus’ele Eizan mengumumkan kekosongan luar jangka di tiga DUN iaitu Chuping, Bintong dan Guar Sanji selepas tiga ADUN terhenti keahlian Pas. Beliau berkata, walaupun tempoh penggal sudah matang iaitu tiga tahun, pihaknya berpendapat terdapat keperluan untuk diadakan PRK di ketiga-tiga kerusi berkenaan berikutan terjejasnya sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN). Katanya, status kekosongan kerusi tersebut akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.-UTUSAN

1 Bulan / RM4.99

Sehari hanya RM0.17

Scroll to Top