Jasad ibu, anak ditemukan dalam tandas selepas rumah terbakar

Jasad ibu, anak ditemukan dalam tandas selepas rumah terbakar

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Dua beranak ditemukan meninggal dunia dalam kebakaran di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dato Senu, Sentul, di sini, hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, jasad wanita warga emas berusia 82 tahun dan anak lelakinya berumur 58 tahun ditemukan dalam tandas rumah itu.

Menurutnya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kebakaran, 7.18 pagi sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dengan bantuan BBP Gombak Selatan digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah sebelum operasi memadam pai dijalankan.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya pada kenyataan.

Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya, 8.27 pagi dan punca kejadian masih disiasat Unit Siasatan Kebakaran.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top