Anak lelaki Jota jadi maskot aksi Liverpool-West Ham

Anak lelaki Jota jadi maskot aksi Liverpool-West Ham

London: Dua anak lelaki Diogo Jota akan menyertai barisan maskot di Anfield ketika Liverpool menentang Wolverhampton Wanderers dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam esok, menurut laporan The Times.

Penyerang Portugal itu yang pernah mewakili kedua-dua kelab EPL tersebut, meninggal dunia pada usia 28 tahun selepas terbabit kemalangan jalan raya bersama adiknya pada Julai lalu di barat laut Sepanyo

Jota menyertai Wolves secara pinjaman daripada Atletico Madrid pada 2017 sebelum berpindah secara tetap setahun kemudian. Dia kemudiannya menandatangani kontrak lima tahun bersama Liverpool pada 2020 dan memenangi gelaran liga bersama kelab itu awal tahun ini.

Perlawanan malam esok menandakan pertemuan pertama antara Liverpool dan Wolves sejak pemergian Jota.

Isteri Jota, Rute Cardoso, bersama dua anak mereka, Dinis dan Duarte turut hadir pada perlawanan pembukaan EPL bagi kedua-dua pasukan Liverpool dan Wolves pada Ogos lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top