“Ayah cuma rindukan kamu sangat-sangat”, demikian luahan pelakon Kamal Adli menerusi hantaran di media sosial miliknya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian tersebut, Kamal atau nama lengkapnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli sempat berkongsi sepotong video pendek memperlihatkan dirinya dan anak perempuannya, Hawra Uqaira.
Meskipun tidak berkongsi lebih lanjut mengenai hantaran berkenaan, Kamal bagaimanapun sempat menyertakan kapsyen ringkas beserta emoji hati.
“Ayah just miss you so much anak,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons pada hantaran tersebut.
Malah, ada yang kelihatannya berkongsi pengalaman mereka membesar tanpa kasih sayang seorang ayah.








