am@hnetro.com.my
Dungun: Lelaki yang disyaki merogol cucu perempuan berusia lima tahun direman tujuh hari hingga 3 Januari.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman di Mahkamah Majistrer di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, suspek berusia 62 tahun itu akan disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.
Katanya, terdahulu suspek ditahan di Bandar Chukai, Kemaman pada 7.45 malam Sabtu, selepas menerima laporan daripada pegawai perubatan mengenai mangsa.
“Mangsa sebelum itu mengadu kepada ibunya berhubung kesakitan dialami pada bahagian alat sulitnya dan ibunya membuat pemeriksaan serta mendapati ada kesan kemerahan.
“Dia kemudian membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Mangsa juga didakwa menceritakan insiden rogol berkenaan kepada pegawai perubatan,” katanya.
Mohd Razi berkata, pemeriksaan fizikal oleh pegawai perubatan menunjukkan terdapat kesan koyakan pada alat sulit mangsa dan laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut.
“Hasil siasatan mendapati kejadian itu dipercayai bukan pertama kali berlaku dan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa,” katanya.
Menurutnya, kejadian terakhir itu dipercayai berlaku di kawasan semak di tepi jalan antara 12 tengah hari hingga 1 tengah hari pada minggu lalu.
© New Straits Times Press (M) Bhd




