“Ramai Yang Pakai Dress Berwarna, Bukan Saya Seorang”

“Ramai Yang Pakai Dress Berwarna, Bukan Saya Seorang”

Pelakon Nadia Brian mempertahankan dirinya apabila ada yang mendakwa pakaiannya agak berlebihan ketika hadir di majlis resepsi Erra Fazira dan suami, Ezwan Zain.

Memetik Astro Gempak, Nadia berkata dia hanya mengikut tema yang diberikan dan bukan dirinya seorang sahaja yang mengenakan gaun berwarna.

BACA: Penampilan Nadia Brian Di Majlis Resepsi Erra Fazira Dikecam Netizen

“Semua tetamu yang hadir hanya mengikut tema iaitu ‘blacktie atau dress’. Ramai sahaja yang datang pakai ‘dress’ berwarna, bukan saya seorang,” katanya.

Sementara itu, Nadia berkata dia tidak berniat serta tidak pernah terlintas untuk ‘overshadow’ pengantin serta memohon maaf andai ada yang kurang senang dengan pakaiannya itu.

“Mungkin saya sahaja yang dapat lebih perhatian. Tak pernah terlintas langsung untuk overshadow sesiapa.

“Saya sangat terharu dan gembira sangat dapat hadir ke majlis resepsi idola saya sendiri iaitu Erra Fazira. Tapi apa pun jika ada mana-mana pihak yang terasa atau berfikiran negatif, saya minta maaf,” katanya.

Sumber: Astro Gempak


Scroll to Top