am@hmetro.com.my
Shah Alam: Polis Selangor merekodkan penyelesaian 258,345 saman dengan nilai kutipan keseluruhan mencecah RM19.5 juta (RM19,511,350) menerusi Program Pengurangan Kompaun Saman 70 peratus yang dilaksanakan bermula 1 November sehingga semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata prestasi kutipan tertinggi diterajui oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dengan jumlah RM2.7 juta, diikuti IPD Petaling Jaya (RM2.1 juta) dan IPD Kajang (RM1.7 juta).
“Polis Selangor melihat satu trend positif yang mana penggunaan teknologi digital semakin diterima rakyat.
“Walaupun pembayaran secara tunai masih tinggi dengan kutipan RM10,059,470, kaedah e-payment menunjukkan angka yang sangat signifikan iaitu sebanyak RM9,451,880.
“Perimbangan ini membuktikan bahawa masyarakat kini lebih cenderung kepada urusan yang pantas dan efisien selaras dengan transformasi digital negara,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Polis Selangor turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada orang ramai atas komitmen yang diberikan dalam menjelaskan tunggakan saman.
© New Straits Times Press (M) Bhd




