Rakyat Kelantan Boleh Mohon Mendulang Emas Di PTG Mulai Esok | Oh! Negara – Oh! Media

Rakyat Kelantan Boleh Mohon Mendulang Emas Di PTG Mulai Esok | Oh! Negara – Oh! Media

Oh! Negara

Penduduk Kelantan boleh mohon sebagai pendulang emas di PTG mulai esok dengan syarat ditetapkan kerajaan negeri.


Berita ini mungkin buat ramai rakyat Kelantan mula pasang angan angan. Bermula esok, peluang untuk jadi pendulang emas secara sah akhirnya dibuka kepada orang tempatan yang berminat.

Kerajaan negeri memaklumkan permohonan boleh dibuat terus di Pejabat Tanah dan Galian serta Pejabat Tanah Jajahan dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan.

Permohonan dibuka tanpa had kepada rakyat Kelantan

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, setakat ini kerajaan negeri tidak menetapkan sebarang had kepada jumlah permohonan.

Semua rakyat Kelantan yang berminat boleh mengisi borang permohonan yang disediakan secara manual di PTG atau pejabat tanah jajahan.

Setakat ini kita tidak meletakkan sebarang had permohonan, semua yang berminat boleh mengisi borang tersebut yang disediakan secara manual di PTG atau pejabat tanah jajahan.- Katanya.

PTG bersedia urus permohonan yang dijangka tinggi

Kerajaan negeri menjangkakan sambutan yang agak menggalakkan berdasarkan maklum balas orang ramai di media sosial.

PTG pula memberi jaminan mereka bersedia untuk menguruskan proses permohonan pendulang emas ini dengan sebaiknya.

Daripada maklum balas yang diterima menerusi media sosial, kita jangkakan permohonan untuk mendulang akan mendapat sambutan yang menggalakkan, dan PTG telah memberi komitmen bahawa pihaknya bersedia untuk menguruskan proses permohonan itu.- Katanya.

Empat jajahan dikenal pasti ada sumber emas

Empat jajahan terlibat ialah Gua Musang, Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai, selain kemungkinan kawasan lain yang akan dinilai dari semasa ke semasa.

Antara syarat utama untuk menjadi pendulang emas ialah pemohon mestilah rakyat Kelantan dan hanya dibenarkan menggunakan kaedah mendulang secara manual.

Aktiviti mendulang juga hanya boleh dilakukan di kawasan yang telah diwartakan dan dalam waktu pejabat sahaja. Kerja mendulang juga hanya dibenarkan di kawasan yang telah diwartakan dan dilakukan pada waktu pejabat.

Pssttt! Ohmedia harap korang yang berminat ambil peluang ini ikut semua syarat dan garis panduan yang ditetapkan. Bila melibatkan sumber alam dan keselamatan, lebih baik buat secara sah dan bertanggungjawab.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top