Madrid:Pelumba dari Itali Marc Marquez menepis spekulasi tentang kemungkinan kembali ke Honda dalam saingan MotoGP, menyifatkan idea itu sebagai lebih teori daripada praktikal.
Juara dunia tujuh kali itu kini menikmati kebangkitan semula bersama Ducati selepas menamatkan kontrak dengan Honda lebih awal pada 2024, namun hubungannya dengan pasukan Jepun itu berakhir secara baik.
Walaupun awalnya Marquez tidak menolak peluang untuk kembali, kemungkinan itu bergantung kepada pemulihan Honda selepas musim terburuk mereka dalam era MotoGP moden pada 2023.
Honda telah mencatat kemajuan ketara, termasuk satu kemenangan dan empat podium pada musim 2025, menempatkan mereka dalam Kumpulan C sistem konsesi bersama Aprilia dan KTM.
Namun, prestasi luar biasa Marquez bersama Ducati mengurangkan peluang diaberalih semula, dengan jenama Borgo Panigale menyediakan motosikal yang membolehkan menjuarai dunia selepas bergelut dengan Honda yang kurang kompetitif.
Spekulasi kini menunjukkan Marquez dijangka menandatangani sambungan kontrak dua tahun bersama Ducati, yang secara praktikal menutup peluang kembali ke Honda sehingga 2029, ketika beliau berusia 36 tahun.
Ditanya tentang kemungkinan kembali ke Honda pada masa depan, terutama berikutan perubahan peraturan 2027.
“Ia lebih teori daripada praktik. Saya tidak akan membuat keputusan ketika cedera atau tidak berada di atas motosikal. Ini keputusan penting, melainkan saya benar-benar pasti.”
“Sekarang saya berada di tempat yang baik, kembali di puncak, dan masa untuk membuat keputusan yang betul, fikirkan tentang diri sendiri. Pada 2027, tiada siapa boleh menjamin motosikal terbaik. Semua akan diuji, dan semuanya akan ditentukan,” katanya.
Dalam satu sesi lain pada acara Ducati, Marquez menekankan bahawa keutamaan utama adalah untuk kekal pantas.
“Jelas kami mempunyai motosikal terpantas untuk 2026, itu paling penting. Untuk 2027 dan 2028, semuanya masih terbuka,” katanya.
Perbincangan untuk pembaharuan kontrak antara Ducati dan Marquez telah bermula sebelum lawatan Asia, sebelum dia menjuarai gelaran di Jepun.
Walaupun kedua-dua pihak bersedia mencapai persetujuan, nilai pasaran Marquez yang meningkat mempengaruhi rundingan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




