Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan dengan seorang wanita yang didakwa kekasih baharu.
BACA: Bercuti Bersama, Ameera Khan Dan Jefri Nichol Pamer Kemesraan Di Pulau Perhentian
Di ruangan kapsyen perkongsian, wanita itu menulis ringkas ‘Sayang’ dengan emoji hati putih beserta tag username Jefri Nichol.
“Sayang Jefri Nichol”
Video dan gambar mesra itu sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa pelakon berkenaan sudah memutuskan hubungan dengan pempengaruh popular, Ameera Khan.

Apa yang melucukan apabila perkongsian tersebut dibanjiri komen dalam dialek Kelantan.
Ada menyindir Jefri yang dikatakan ‘menurunkan standard’, ada juga yang mempertikaikan sikap dan pilihan Jefri, manakala sebahagian lain sekadar berseloroh dengan gaya bahasa negeri Pantai Timur itu.
Nama Ameera turut disebut-sebut

Tidak ketinggalan, nama Ameera Khan turut menjadi sebutan dalam kalangan netizen. Perbandingan mula dibuat, sehingga ada yang mengaitkan isu ini dengan hubungan lama yang pernah diperkatakan sebelum ini.

Pssttt! Mungkin lebih baik beri ruang dan biarkan empunya badan menentukan jalan hidup mereka sendiri, tanpa perlu terlalu jauh mencampuri urusan peribadi orang lain. Didoakan semoga masing-masing bahagia dengan pilihan masing-masing.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




