Wanita direman, bantu siasatan kes bunuh di tanah perkuburan

Wanita direman, bantu siasatan kes bunuh di tanah perkuburan

mdroji@bh.com.my

Kuching: Wanita direman tiga hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan lelaki warga emas di kawasan tanah perkuburan Cina di Jalan Lumba Kuda, Kota Sentosa.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, suspek berusia 28 tahun itu direman mulai hari ini hingga Selasa.

Katanya, suspek ditahan di Siburan semalam dan polis masih mengesan suspek lain yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

Semalam, seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun ditemui mati di tanah perkuburan Cina dengan beberapa kesan tikaman di badannya.

Seorang lagi lelaki berusia 34 tahun dipercayai anak tiri mangsa pula cedera parah dan dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Polis menerima laporan penemuan dua mangsa itu pada 12.40 tengah hari Sabtu dan bergegas ke lokasi. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top