Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh seolah-olah beri bayangan mahu mengundur diri selepas semua perjuangannya selama ini dalam arena politik sudah dilaksanakannya.
Dr Akmal turut mengakui segala usaha telah dilakukan sebaik mungkin, namun tidak menolak kemungkinan kelemahan berpunca daripada dirinya sendiri.
Malah, beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada ahli UMNO dan penyokong yang tidak pernha berhenti menyokong perjuangannya selama ini.
Mengundur diri

“Kita dah usaha sehabis baik, kita dah sampaikan sehabis baik.
“Mungkin kelemahan datang dari diri saya sendiri, mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri.
“Terima kasih atas suara-suara anda semua yang sayangkan perjuangan ini. Saya percaya jika niat kita baik demi agama,bangsa dan tanah air.
“Insya-Allah waktunya akan sampai jua,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Artikel lain: Setuju beberapa usul Konvensyen Khas, Akmal Saleh ucap terima kasih kepada Zahid

Semalam, Dr Akmal berterima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi apabila beberapa usul yang dikemukan pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO tempoh hari mendapat perhatian.
Sumber: Facebook @Akmal Saleh



