am@hmetro.com.my
Shah Alam: Seorang pemuda lemas ketika mandi di Air Terjun Sungai Kedondong, Batang Kali, Hulu Selangor, dekat sini, hari ini
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.46 petang.
Beliau berkata, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.
“Menurut maklumat awal daripada saksi, mangsa yang lemas adalah seorang pemuda warga tempatan berusia lingkungan 20-an.
“Mangsa dikatakan cuba menyelamatkan rakannya namun dibawa hanyut air yang deras,” katanya ketika dihubungi.
Ahmad Mukhlis berkata, anggota bomba menemui pemuda terbabit pada jarak 10 meter dari tempat kejadian.
Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan sudah meninggal dunia.
© New Straits Times Press (M) Bhd




