Pelakon Kamal Adli berkata dia sudah pasrah serta menyerahkan soal jodohnya bersama aktres, Uqasha Senrose kepada ketentuan Allah dalam prosiding hakam yang berlangsung hari ini.
Memetik Utusan Online, Kamal berkata apabila sudah sampai ke prosiding hakam sekaligus menandakan perkahwinan mereka kini berada di pengakhiran.
BACA: “Ayah Terlalu Rindukan Kamu Anak” – Kamal Adli
“Hari ini prosiding hakam pertama. Sejujurnya saya pun tidak tahu hendak berkata apa lagi.
“Saya tidak berani mengulas lebih lanjut. Apabila sudah masuk prosedur hakam, sebenarnya ini sudah di hujung-hujung,” katanya.
Sementara itu, Kamal berkata dia sudah berusaha untuk mempertahankan rumah tangga mereka yang dibina selama empat tahun itu.
“Kalau tiada jodoh, Wallahualam (Allah sahaja yang tahu). Kita tengok bagaimana nanti.
“Tetapi saya sudah cuba sehabis baik dari awal lagi. Saya sudah berusaha untuk mempertahankan perkahwinan ini dan kini hanya menunggu proses hakam,” katanya.
Sumber: Utusan Online




