Wei Chong-Kai Wun tepati jangkaan ke pusingan kedua

Wei Chong-Kai Wun tepati jangkaan ke pusingan kedua

saifulaffendy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Terbuka India selepas mencatat kemenangan bergaya ke atas rakan senegara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong, sebentar tadi.

Gandingan nombor enam dunia itu tidak berdepan masalah besar apabila menewaskan pasangan profesional berkenaan 21-16, 21-15 pada aksi pusingan pertama di Kompleks Sukan Indira Gandhi.

Kemenangan itu turut menyaksikan Wei Chong-Kai Wun mengekalkan rekod sempurna ke atas Azriyn-Wee Kiong selepas mencatat kemenangan buat kali ketiga daripada tiga pertemuan antara mereka.

Pada Terbuka Malaysia minggu lalu, Wei Chong-Kai Wun kandas di suku akhir di tangan beregu nombor satu dunia yang juga juara bertahan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae

Pada pusingan kedua, Wei Chong-Kai Wun bakal berdepan cabaran gandingan Rusia, Christo Popov-Toma Junior Popov, yang menyingkirkan satu lagi wakil negara, Choong Hon Jian-Haikal Nazri, 21-11, 21-19 pada pertemuan sulung mereka.

Sementara itu, satu lagi beregu profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, turut tersingkir awal selepas tewas kepada pasangan tuan rumah, Hariharan Amsakarunan-M R Arjun 15-21, 18-21.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top