“Bila Pergi Majlis Ilmu Baru Faham, Teguran Itu Tanggungjawab Sesama Muslim… Tapi Tidak Memalukan” – Betty Rahmad

“Bila Pergi Majlis Ilmu Baru Faham, Teguran Itu Tanggungjawab Sesama Muslim… Tapi Tidak Memalukan” – Betty Rahmad

Personaliti media sosial dan usahawan, Betty Rahmad berkongsi perubahan dan perspektif hidupnya selepas melalui fasa penghijrahan termasuklah aktif menghadiri majlis ilmu.

Menurut Betty, sebelum ini dia sering berasa defensif setiap kali menerima teguran, apatah lagi apabila ia datang daripada individu yang bukan bergelar ustaz ataupun ustazah.

“Dulu sebelum berhijrah & pergi majlis ilmu, bila orang bagi teguran selalu rasa, “Siapa dia nak tegur aku bukan Ustaz or Ustazah pun. Hanya Allah yang boleh judge dan tahu diri aku,” katanya.

Bagaimanapun, adik bongsu kepada dramatis popular, Erma Fatima itu berkata, pemahamannya mengenai sesuatu perkara berubah seiring dengan penglibatannya dalam majlis ilmu.

Katanya, Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menghukum atau memalukan orang lain, sebaliknya menekankan adab dan kelembutan dalam menyampaikan teguran.

“Tapi bila selalu ke majlis ilmu baru faham, setiap umat Islam wajib tegur saudara Islam… tak perlu tunggu jadi Ustaz atau Ustazah.  Tapi dalam keadaan lembut dan tidak memalukan,” jelasnya.

Scroll to Top