Iskandar Ismail dinobat juara GV12

Iskandar Ismail dinobat juara GV12

norhayati_nordin@hmetro.com.my

Shah Alam: Penyanyi dari Singapura, Iskandar Ismail dinobatkan juara Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) sekali gus membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000, set ruang tamu berserta trofi.

Naib juara pula menjadi milik kumpulan Mendua dari Indonesia dengan hadiah wang tunai diraih mereka berjumlah RM50,000, set ruang makan serta trofi kemenangan.

Tempat ketiga berpihak kepada Nubhan sekali gus menerima wang tunai RM30,000, set ruang tidur dan trofi, manakala, tempat keempat adalah Mark Adam yang membawa pulang RM 20,000, set perabot beserta trofi.

Mell Sakura menduduki tempat kelima sementara tempat keenam milik Ruri Revpblik dari Indonesia dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 dan RM10,000, set perabot berserta trofi penghargaan.

Acara kemuncak GV12 dikendalikan Nabil Ahmad dan Sherry Alhahad berlangsung dengan meriah di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam tadi.

Tiga juri profesional bertanggungjawab menilai semua enam finalis GV12 kali ini ialah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Antara penyanyi undangan tampil membuat persembahan ialah Jaclyn Victor, Aina Abdul, Marsha Milan, MK K-Clique serta penyanyi dari Indonesia iaitu Datuk Seri Rossa, Fadly Padi dan Sunu Matta Band.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top