Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila filem The Voice of Hind Rajab gagal meraih sambutan seperti yang diharapkan terutama di Malaysia.
Luahan itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Threads selepas beliau membandingkan jumlah tontonan filem berkenaan di Malaysia dengan beberapa negara lain, termasuk negara bukan Islam.
Jumlah Tontonan Rendah Cetus Rasa Kecewa

Hazwani berkata, jumlah penonton filem Hind Rejab di Malaysia hanya sekitar 39,000 orang walaupun populasi orang islam di negara ini mencecah lebih 29 juta.
Beliau turut membandingkan situasi itu dengan Perancis yang merekodkan sekitar 300,000 tontonan walaupun populasi orang islam di negara tersebut hanyalah kira-kira 10 peratus.
Menurutnya lagi, filem ini mengangkat kisah sebenar seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang menjadi mangsa kekejaman rejim Israel dan mengajak rakyat Malaysia menggunakan kuasa tular untuk menyebarkan kisah tersebut.
Bukan Tak Mahu Tonton, Netizen Kata Tak Banyak Pawagam Tayangkan Filem Ini

Bagaimanapun, luahan itu mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen apabila ada yang menegaskan punca utama jumlah tontonan rendah bukan kerana orang ramai tidak mahu menonton, sebaliknya kerana filem tersebut tidak ditayangkan secara meluas.
Seorang pengguna menulis bahawa tidak semua pawagam menayangkan filem berkenaan, malah ada pawagam di kawasan tertentu langsung tidak menyenaraikannya.
Filem The Voice of Hind Rajab mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 8 Januari lalu, namun hanya beberapa pawagam terpilih sahaja yang menyangkan filem itu.
Pssttt! Isu sebenar bukan soal rakyat Malaysia tak peduli, tetapi akses tayangan yang terhad. Bila pawagam tak meluas, pilihan penonton pun jadi terhad.
Kredit: Hazwani Helmi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.




