Trending
Isteri bekas Panglima Tentera didakwa rasuah RM77,000, peguam mohon jaminan rendah sebab baru kahwin dan sakit bisul.
Seorang wanita yang juga isteri ketiga kepada bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, hari ini tampil di Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan berkaitan rasuah berjumlah RM77,000.
BACA: Terbongkar! Rumah Bekas Panglima Tentera Penuh Barangan Mewah Bernilai RM11.4 Juta
Wanita berusia 27 tahun bernama Salwani Anuar bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.
Terpaksa duduk kerana bisul kronik di paha
Namun, sebelum pertuduhan dibacakan, peguam memohon Salwani dibenarkan duduk dalam kandang tertuduh kerana mengalami bisul kronik di bahagian paha.
Kata peguam, Salwani tidak boleh berdiri lama disebabkan masalah bisul itu.
Mengikut pertuduhan, Salwani yang merupakan pengawal sebuah syarikat, didakwa menerima wang hasil aktiviti haram secara berperingkat – RM50,000, RM7,000 dan dua kali RM10,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank milik syarikatnya.

Kejadian didakwa berlaku antara 24 November 2024 hingga 25 November 2025 di sebuah bank di Damansara Heights.
Kesemua kesalahan ini didakwa di bawah Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai wang yang terlibat atau RM5 juta, mana yang lebih tinggi.
Peguam dakwa anak guam suri rumah, baru kahwin

Peguam Salwani, Fahmi Abd Moin, memohon jumlah jaminan direndahkan atas alasan kewangan dan situasi peribadi anak guamnya.
Katanya, Salwani baru melangsungkan perkahwinan dengan suami pada Ogos 2025 dan masih tiada cahaya mata.
Salwani juga tinggal sendirian di rumah sewa yang dibayar suami manakala kedua ibu bapa tinggal di Besut, Terengganu.
Kedua ibu bapanya juga tidak bekerja kerana sudah berusia dan menjadi tanggungjawab anak guam menanggung perbelanjaan mereka.
Hakim Rosli Ahmad kemudiannya membenarkan jaminan RM30,000 dengan dua penjamin, berserta syarat tambahan seperti diminta pihak pendakwaan. Kes akan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen 9 untuk disatukan dengan perbicaraan suaminya, dan disebut semula pada 30 Mac depan.
Pssttt! Apa pun alasan yang diberi, keadilan harus ditegakkan dan proses perundangan perlu berjalan seperti biasa. Rasuah bukan saja jenayah, tapi duri dalam daging kepada integriti negara.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




