Trending
Bekas Panglima ATM didakwa atas empat pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan rasuah melebihi RM750,000.
Lagi mengenai kes rasuah! Kali ini dakwaan melibatkan Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Nizam Jaafar yang dihadapkan ke mahkamah di atas empat pertuduhan membabitkan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan menerima rasuah melebihi RM750,000.
Memetik laporan Free Malaysia Today, beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Didakwa guna jawatan untuk lantik syarikat

Bagi dua pertuduhan pertama, Nizam didakwa menyalahgunakan jawatannya sebagai pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan penolong ketua kakitangan (perkhidmatan anggota) Angkatan Tentera Malaysia.
Beliau didakwa melantik beberapa syarikat bagi menjalankan projek pembekalan bagi pakej hadiah Hari Raya 2025 yang berjumlah jutaan ringgit.
Antara projek yang terbabit termasuk:
- Pembekalan sarung oleh Sinar Bakti Global (RM468,000)
- Pembekalan kain batik oleh Sinar Raudhah Global (RM52,000)
- Pembekalan playar lipat oleh Zahra Jaya Global (RM750,000)
- Pembekalan tuala mandi oleh QMZ Resources (RM600,000)
- Pembekalan beg galas oleh Helmee Resources (RM1.725 juta)
Difahamkan, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa syarikat yang dilantik itu, sekali gus menjadikannya konflik kepentingan yang serius.
Salah guna dana dan terima wang tunai RM200,000

Pertuduhan ketiga pula menyaksikan beliau didakwa menyalahgunakan dana TKAT sebanyak RM3 juta dengan membuat pelaburan tambahan dalam syarikat Precious Amber International Bhd tanpa sebarang kelulusan daripada Jawatankuasa Pelaburan TKAT.
Manakala bagi pertuduhan keempat, beliau dituduh menerima rasuah berjumlah RM200,000 daripada Pengarah Aspen Red Sdn Bhd, Wan Shafie Abdul Rashid. Kesemua pertuduhan tersebut dilakukan antara tahun 2023 hingga 2025.
Pssttt! Kalau benar seperti yang didakwa, amatlah mengecewakan apabila individu berpangkat tinggi sanggup mengkhianati amanah demi kepentingan diri sendiri. Sama-sama kita tunggu keputusan mahkamah.
Kredit: Free Malaysia Today
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




