Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil memberi teguran sinis terhadap trend segelintir individu yang gemar berkongsi secara terbuka mengenai rawatan kecantikan melibatkan anggota peribadi di media sosial.
Kata Fazley, rawatan seperti laser merupakan hak individu dan tidak menjadi kesalahan untuk dilakukan, namun perlu ada batas yang harus dijaga terutamanya ketika membuat perkongsian di media sosial.
“Kalau nak laser ketiak ke, nak laser misai ke, nak laser jerawat ke, nak laser buang tattoo ke, nak laser pink kna bibir ke, suka hati lah ya,” luahnya.
Tegasnya, tidak semua perkara perlu dikongsi kepada khalayak apatah lagi apabila melibatkan bahagian tubuh tertentu yang boleh mencetuskan pelbagai persepsi masyarakat.
“Tapi kalau nak laser part-part tertentu, tak perlu lah nak bagi tahu satu dunia.
“Malaysia ni ramai yang berimaginasi tinggi,” katanya.

Terdahulu, isu rawatan laser di bahagian alat sulit yang dikongsikan pempengaruh media sosial, Sasha Abdul Aziz, menerima pelbagai respon dalam kalangan warganet termasuklah pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun yang menjelaskan bahawa hukum membuat rawatan alat kelamin itu boleh jatuh haram jika dilakukan untuk tujuan kosmetik seperti mengetatkan atau mencerahkan.
ARTIKEL BERKAITAN:Isu Rawatan Laser Alat Kemaluan, Sasha Abdul Aziz Terima Teguran Ustazah Asma’ Harun – “Saya Tak Berniat Singgung Sesiapa”
ARTIKEL BERKAITAN:Sasha Abdul Aziz Tak Terkesan Netizen Kritik Jalani Rawatan Laser Ketatkan Kemaluan – “Ramai Triggered, Saya Cantik Sendiri Sajalah”




