“Terima Kasih Kerana Bertanya & Mendoakan Anak Saya” – Bapa Mia Sara

“Terima Kasih Kerana Bertanya & Mendoakan Anak Saya” – Bapa Mia Sara

Bapa kepada pelakon Mia Sara Nasuha, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh, memberi reaksi susulan isu melibatkan anaknya yang sedang hangat diperkatakan.

Memetik laporan OhBulan!, Ridhuan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat dan bertanyakan khabar mengenai Mia Sara.

Namun, Ridhuan memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara yang sedang tular itu.

“Pihak kami belum ada sebarang komen buat masa ini,” katanya kepada OhBulan!

Dalam masa sama, Ridhuan memaklumkan Mia Sara berada dalam keadaan baik.

“Keadaan dia biasa sahaja,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis Bongkar Mesej Kawan Rapat Mia Sara, Cerita Sisi Gelap Didakwa Libat Pergaulan Bebas & Pengkhianatan

Ridhuan turut menghargai doa dan sokongan orang ramai terhadap anaknya.

“Terima kasih kerana bertanya dan mendoakan anak saya,” katanya lagi.

Sebelum ini, Puteri Balqis mencetuskan perhatian apabila membuat pendedahan di media sosial yang mendakwa Mia Sara terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Sedia Disaman, Dipenjara Sekalipun” – Puteri Balqis Tegas Pertahan Kenyataan

Malah, turut tersebar di media sosial beberapa video serta foto yang dipercayai memaparkan Mia Sara berimej seksi ketika berhibur di sebuah kelab malam.

Isu itu dilaporkan tercetus selepas Puteri Balqis mendakwa tindakan Mia Sara sebelum ini pernah memburukkan serta menghina ibunya, Norashikin Mohd Aziz.

Scroll to Top