Janna Nick Buat Permohonan Maaf, Berazam Jaga Tutur Kata – “Jika Satu Hari Nanti Saya Terleka, Tegurlah Saya”

Janna Nick Buat Permohonan Maaf, Berazam Jaga Tutur Kata – “Jika Satu Hari Nanti Saya Terleka, Tegurlah Saya”

Pelakon dan pengacara, Janna Nick tampil memohon maaf secara terbuka menerusi hantaran di media sosial miliknya susulan isu tular baru-baru ini mengaitkan pelakon Puteri Balqis.

Menerusi kenyataan di Threads,  Janna memohon kemaafan kepada semua pihak yang mungkin pernah terguris dengan kata-kata atau tindakannya, sama ada secara sedar atau tidak.

“Saya mohon ampun dan maaf kepada semua, dan saya juga memaafkan semua,” katanya.

Malah, Janna atau nama lengkapnya, Nurul Jannah Muner, 31, berharap sekiranya selepas ini dia terleka dan bertindak serupa, maka dia memohon agar orang ramai menegurnya.

“Insyaa-Allah, saya juga berazam untuk tidak lagi berkata kata apa-apa yang mungkin tanpa disedari akan menyakiti hati sesiapa.
Andai kata, suatu hari nanti saya terlupa / terleka, tegur lah saya, marah lah saya.. saya bersyukur atas segala teguran.

“Semoga segala ujian yang diberikan Allah SWT akan menjadikan kita manusia yang lebih kuat dan lebih baik di masa akan datang,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Benci Awak & Tak ‘Backup’ Pembuli” – Janna Nick Mohon Maaf Kepada Puteri Balqis, Ajak Berjumpa Jernihkan Keadaan

ARTIKEL BERKAITAN:Saling Hangat Berbalas Kenyataan! Puteri Balqis Bertegas, Nafi Ibu Pernah Berkata Buruk Soal Janna Nick

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Puteri Balqis ‘Buka Mulut’, Dakwa Janna Nick Tiada Empati – “Ini Bukan Neutral, Tapi Backhanded!”

ARTIKEL BERKAITAN:“Block Je Kalau Sakitkan Mental” – Perkongsian Janna Nick Undang Perhatian, Netizen Dakwa Tuju Kepada Puteri Balqis?

ARTIKEL BERKAITAN:“Hipokrit Ek?” – Janna Nick Persoal Tindakan Boikot Sekadar Bermusim Atau Hanya Ikut Trend

Scroll to Top