Pendakwah terkenal, PU Rahmat, menggesa rakan pendakwah agar tidak mempertahankan Syed Iqmal yang telah dua kali dijatuhi hukuman mahkamah atas kesalahan merogol.
BACA: Rayuan Kes Rogol Ditolak, Mahkamah Kekal Hukuman Da’i Syed 10 Tahun Penjara
Katanya, mempertahankan individu yang telah disabitkan kesalahan bukanlah sesuatu yang wajar, apatah lagi jika ia melibatkan jenayah seberat itu.
“Kebenaran pasti akan menang” – PU Rahmat
Menurut beliau, keputusan mahkamah adalah muktamad dan bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan hanya kerana pelaku merupakan seorang pendakwah.

PU Rahmat menegaskan Syed Iqmal ada hak untuk merayu kerana ia hak yang dijamin perlembagaan.
Beliau turut membuka ruang kepada mana-mana mangsa pendakwah untuk tampil menuntut keadilan dengan menghubungi @akhifairuz dan @firdauswong.
Sebelum ini, PU Rahmat turut memuat naik hantaran yang menegaskan tidak semua ustaz atau pendakwah terlibat dalam jenayah seksual.
Namun, hantaran tersebut telah dipadam kerana bimbang menyinggung perasaan pendakwah lain.

Beliau mengibaratkan situasi ini seperti isu rasuah dalam institusi ketenteraan, di mana hanya segelintir yang bersalah tetapi seluruh organisasi turut terasa apabila dikritik secara umum.
Pssttt! Kebenaran tetap kebenaran, walaupun ia pahit. Semoga lebih ramai pendakwah berani menegakkan keadilan tanpa pilih kasih.
Kredit: Threads PU Rahmat
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.


