Bala bela burung terlarang

Bala bela burung terlarang

anbia@hmetro.com.my

Cheras: Tindakan seorang lelaki menjadikan rumah flat didiaminya sebagai lokasi untuk mempamerkan koleksi burung liar dimiliki mengundang padah apabila kediamannya diserbu pihak berkuasa.

Suspek dikesan menyusun sangkar berisi unggas eksotik tanpa lesen yang sah di kawasan kaki lima dan ruang dapur premis di Z di sini.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim, berkata, tindakan diambil menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) disertai sepasukan anggota Perhilitan Selangor bersama Cawangan Risik Batalion 19 Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, Isnin lalu.

Menurutnya, pihaknya melakukan pemeriksaan di tingkat tiga premis itu jam pada 10.20 pagi sebelum menemui deretan sangkar burung yang digantung di kaki lima kediaman.

“Hasil pemeriksaan menemui empat ekor burung daun dan seekor burung murai batu yang juga spesis hidupan liar dilindungi.

“Suspek berusia 50-an yang mempunyai lesen bagi pemilikan burung murai batu bagaimanapaun gagal menunjukkan permit sah bagi empat burung daun,” katanya.

Menurutnya, kesemua burung dan sangkar dimilik suspek dianggarkan bernilai RM11,000 kemudian disita.

“Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang untuk proses dokumentasi dan siasatan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top