Oh! Islam
Ramai keliru status Syed dan Syarifah. Ini penjelasan sahih siapa sebenarnya Ahlul Bait keturunan Rasulullah SAW.
Bila seseorang guna gelaran Syed atau Syarifah, ramai yang terus anggap mereka ada darah keturunan Nabi Muhammad SAW. Tapi betul ke semua yang guna gelaran tu memang waris keturunan Rasulullah?
Sebenarnya, isu ni dah lama jadi perbualan masyarakat. Ada yang percaya, ada yang skeptikal, dan ada juga yang salah faham siapa sebenarnya tergolong dalam Ahlul Bait.
Siapa sebenarnya Ahlul Bait?

Menurut Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Ahlul Bait merujuk kepada golongan yang ada pertalian darah dengan Rasulullah SAW. Ia termasuk isteri-isteri Baginda, anak menantu, dan kaum kerabat daripada keturunan Bani Hashim serta Bani Muttalib.
Tapi korang kena tahu, bukan semua yang pakai nama Syed atau Syarifah tu automatik Ahlul Bait. Kena ada bukti yang sahih dulu.
Barang siapa yang mempunyai bukti bahawa susur galur keturunannya sampai kepada Rasulullah SAW melalui jalur-jalur di atas, maka mereka berhak dianggap sebagai ahlul bait walaupun nama mereka tidak mempunyai gelaran syed mahupun syarifah.
Ada yang sah guna gelaran Syed dan Syarifah

Kalau seseorang tu memang ada bukti kukuh keturunan sampai ke Rasulullah SAW, maka memang sah dia ada hak guna gelaran tersebut. Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus juga pernah menjelaskan hal ni dalam ceramah beliau.
Insya-Allah, betul. Melainkan dia letak nama Syed, Syarifah sendiri.- Katanya.
Jadi, jangan mudah tuduh orang guna gelaran tu tanpa sebab. Tapi dalam masa yang sama, gelaran tu pun tak boleh main letak sesuka hati ya.
Islam tak ajar bermegah dengan keturunan

Isu keturunan ni sebenarnya sensitif. Ada yang rasa diri lebih mulia sebab ada gelaran, sampai sanggup pandang rendah orang lain. Tapi itu bukan ajaran Islam. Islam ajar kita bahawa semua manusia ni sama sahaja di sisi Allah, tak kira keturunan, bangsa atau status.
Islam menegaskan bahawa semua manusia berasal daripada keturunan Nabi Adam AS dan tiada satu keturunan pun lebih hina daripada yang lain.
Jadi, tak elok kalau kita guna gelaran macam Syed, Syarifah, Tengku atau Wan semata-mata nak rasa lebih dari orang lain.
Pssttt! Ohmedia harap korang tak cepat melabel orang hanya berdasarkan gelaran. Paling penting, jangan sesekali gunakan keturunan untuk rasa lebih baik dari orang lain. Dalam Islam, yang paling mulia ialah yang paling bertakwa.
Kredit: –
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




