razis@mediaprima.com.my
Putrajaya: Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP ) sedang melaksanakan beberapa langkah dalam memperkukuh tadbir urus dan tatakelola jabatan itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata, antara usaha dilakukan adalah melaksanakan pusingan kerja yang lebih kerap khususnya bagi pegawai lapangan dan jawatan sensitif untuk mengurangkan risiko ancaman keakraban.
Katanya, JWP turut membuat penambaikan tatacara pengurusan perolehan melalui pelaksanaan proses sebut harga dah tender sepenuhnya dalam talian.
“Selain itu, pelaksanaan penggunaan kamera badan oleh anggota penguatkuasa semasa operasi lapangan secara berfasa mulai suku keempat 2026 bagi memastikan pematuhan kepada prosedur pengendalian standard (SOP) semasa operasi penguatkuasaan dilaksanakan.
“Ia juga sebagai bukti visual dan audio jika berlaku pertikaian atau tuduhan salah laku oleh atau terhadap anggota penguatkuasa.
“Pada masa sama, penilaian semula penarafan risiko Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) supaya pegawai SPRM boleh dipertimbangkan untuk ditempatkan di Unit Integriti Pejabat PTGW,”‘katanya Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud.
Mengulas berkenaan program hari ini, Hannah berkata, JWP mengambil pendirian tegas bahawa rasuah dan salah guna kuasa tidak mempunyai tempat dalam pentadbiran Wilayah Persekutuan.
Katanya, sehubungan itu, JWP memperkukuhkan kerjasama strategik bersama SPRM bagi mempertingkatkan keupayaan pengesanan, pencegahan dan tindakan terhadap sebarang salah laku integriti.
“Buat pertama kali, agensi di bawah JWP membuka akses kerjasama yang lebih menyeluruh kepada SPRM sebagai langkah proaktif memastikan sistem pentadbiran sentiasa tertakluk kepada semakan, pemantauan dan penambahbaikan berterusan
“Langkah ini mencerminkan komitmen jelas bahawa usaha memerangi rasuah bukan sekadar dasar tetapi dilaksanakan melalulasdakan struktur, sistem dan operasi. ,” katanya.
Dalam pada itu, ketika mengulas penempatan pegawai SPRM, Azam berkata perkara itu akan diputuskan selepas penilaian risiko dibuat.
“Semua kementerian, jabatan yang mana sekarang ini ada penempatan adalah berpandukan kepada pilihan risiko dahulu.
“Selepas itu baru dibuat keputusan sama ada perlu atau tidak,” katanya.
Tamat
From: Muhamaad
© New Straits Times Press (M) Bhd



