Santan Berkualiti Penentu Masakan Sedap, Yang Rajin Masak Wajib Tahu! | Branded – Oh! Media

Santan Berkualiti Penentu Masakan Sedap, Yang Rajin Masak Wajib Tahu! | Branded – Oh! Media

Untuk yang dah biasa masuk dapur, mesti tahu betapa pentingnya kualiti santan dalam setiap masakan, betul tak?

Biasanya, santan segar memang menjadi pilihan ramai bila nak masak juadah untuk satu keluarga besar, sebab masakan itu akan rasa lebih sedap, lebih berlemak dan beraroma. 

Bila kita tengok sekarang ni pula, kebanyakan antara kita kalau boleh lebih gemar pilih yang dah siap dalam pek sebab mudah dan cepat. 

Tapi, pemilihan kualiti santan tu sangat penting, tak kira yang segar diperah atau dalam pek, kena juga yang berkualiti.

Kualiti Santan Mainkan Peranan Penting Dalam Masakan

Santan berkualiti akan memberikan rasa berlemak yang cukup kick dan memuaskan, serta mempunyai sedikit sentuhan manis semula jadi pada masakan. 

Bukan sekadar rasa, santan berkualiti ini turut memberi sentuhan sempurna pada tekstur hidangan. Ianya dapat membangkitkan selera buat sesiapa sahaja yang melihat rasa tak sabar nak menikmatinya. 

Haa, biasa dengar kalau masakan bersantan ni cepat basi kan? Itu adalah sebab santan yang digunakan dalam masakan adalah jenis yang kurang berkualiti.

Walaupun segar diperah dari mesin, tapi santan ni adalah bahan yang sangat sensitif terhadap bakteria tau. Jadi, kalau mesin yang digunakan pun tak bersih, ia tetap akan menjejaskan kualiti santan. 

Jadi, itulah sebab kenapa pentingnya memilih santan yang berkualiti, tak kiralah segar diperah atau dalam pek. 

Haa, memandangkan tak lama saja lagi kita akan menyambut Lebaran, juadah-juadah yang dihidangkan kebanyakannya menggunakan santan betul tak? 

Rendang, lemang, kuah lontong, kuah kari, ketupat palas, dodol, wajik, semua ini menggunakan santan. Dah tahu ke nak beli santan dari mana?

Membangkitkan Aroma & Rasa Berlemak, Santan S&P Jadi Pilihan Terbaik

Kalau korang memang tengah cari santan yang berkualiti untuk jadikan masakan korang lebih sedap, lebih berlemak, lebih kick waktu Raya nanti, kami sarankan korang untuk guna santan daripada S&P Santan. 

Apa yang best dengan santan keluaran S&P Santan ini adalah ia kaya dengan rasa berlemak, hasil daripada menggunakan kelapa yang berkualiti. 

Bukan itu saja, ia juga akan membuatkan hidangan juadah korang tampak lebih menyelerakan, hasil daripada tekstur santan yang konsisten. 

Lagi bagus, santan ini juga boleh digunakan untuk pelbagai jenis hidangan, tak kira hidangan Melayu, Cina, mahupun India tau.

Dengan santan S&P Santan ni, segala penyediaan masakan jadi lebih mudah sebab ia memang sedia digunakan, tanpa perlu diperah lagi. Jimat masa korang!

Paling penting, santan daripada S&P Santan ini adalah jenama tempatan yang dipercayai untuk masakan harian.

Borong Santan, Percuma Balang Raya Edisi Terhad!

Alang-alang tengah borak pasal santan ni kan, korang tahu tak korang boleh dapat Balang Raya Edisi Terhad daripada S&P Santan PERCUMA, dengan hanya beli santan?

Nak menang Balang Kuih Raya S&P Santan Edisi Terhad ni senang kacang je, ikut saja langkah mudah di bawah ini:

Langkah 1: beli mana-mana produk S&P Santan dengan jumlah RM25 dan ke atas dalam satu resit, 

Langkah 2: hantar resit tersebut di kaunter Perkhidmatan Pelanggan atau kaunter juruwang untuk tebus Balang Kuih S&P Santan Edisi Terhad

Dah kata dah, senang kacang je kan? Semua ini tertakluk pada terma dan syarat, serta sementara stok masih ada tau. 

Psst, kalau korang nak balang korang serasi, beli lah banyak-banyak, ajak ahli keluarga lain beli sekali!

Jadi, tunggu apa lagi, jom borong habis produk-produk S&P Santan untuk merewang bersama keluarga tercinta menjelang bulan Ramadan dan Lebaran nanti!

Untuk sebarang update terkini, ikuti media sosial S&P Santan di Facebook, Instagram dan TikTok.

author avatar

Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Scroll to Top