Minggu lalu kecoh satu video seorang wanita mengamuk di sebuah restoran dekat Ipoh. Ramai yang tertanya-tanya apa nasib wanita itu lepas ditahan polis.
Rupanya, wanita tu dikenali sebagai Nurfarahanim Soaid, 29 tahun, dan sudahpun mengaku bersalah atas tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret Ipoh. Bukan saja mengamuk, tapi dia juga cederakan dua pekerja dan pecahkan harta benda restoran.
Wanita mengamuk, serang guna garpu dan tumbuk pekerja restoran

Kes pertama yang dibaca di mahkamah adalah berkenaan tindakan Nurfarahanim mencederakan pekerja restoran, Muniasamy Rathinavel Nadar menggunakan senjata berbahaya iaitu garpu.
Kejadian berlaku jam 6.26 pagi di Restoran SK Naina, Taman Tasek Damai pada 28 Januari lepas. Tak cukup dengan tu, dia juga tampar dan tumbuk seorang lagi pekerja bernama Mohamed Hussain Mubarakall di tempat sama.
Kes ini didakwa mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman penjara atau denda jika disabitkan.
Pecahkan cermin penghadang makanan restoran

Selain mencederakan pekerja, wanita itu juga didakwa melakukan khianat apabila memecahkan tiga keping cermin penghadang makanan milik restoran tersebut. Perbuatan ini menyebabkan kerugian kepada pemilik restoran dan didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Robert S Gnanarajan, merayu agar mahkamah beri hukuman serendah mungkin atas faktor kemanusiaan.
Anak guam saya adalah ibu tunggal, menghidap bipolar, pemegang kad OKU sejak 2008 dan mempunyai tiga anak.- Katanya.
Denda RM11,800 atau penjara 30 bulan

Walaupun ada rayuan, pihak pendakwaan tetap minta mahkamah kenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada orang awam.
Timbalan Pendakwa Raya, S Nishaallini dan Amal Aziemah Kohar, mengendalikan kes ini. Mahkamah akhirnya menjatuhi hukuman denda RM11,800 atau penjara 30 bulan jika gagal membayar.
Pssttt! Ohmedia harap korang jangan cepat naik angin bila ada masalah. Tenang itu lebih kuat daripada mengamuk, sebab sekali silap, hidup boleh berubah sekelip mata.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




