Usahawan dikenali sebagai Abang Tesla tampil menjelaskan isu yang dikaitkan dengan bapa kandungnya.
BACA: “Kau Tinggalkan Aku Dengan Mak Aku Sejak Umur Aku 5 Tahun, Tiba-Tiba Nak Claim..” – Abang Tesla
Menerusi satu video penjelasan, Abang Tesla atau nama sebenarnya Khal Iltizam mendakwa bapanya telah menipu orang ramai dengan cara menjaja cerita tidak benar.
Ramai PM minta hutang
Dakwa Abang Tesla lagi, bapanya cuba untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai dengan menggunakan namanya.
Malah, dia telah menerima banyak mesej daripada orang awam yang mendakwa telah ‘terkena’ dengan individu tersebut.
Ramai yang dah terkena dengan dia, ramai yang PM saya mintak hutang… Saya marah bersebab, dah membabitkan orang ramai.
Kata Abang Tesla, sejak awal lagi dia membina perniagaan sendiri tanpa bantuan sesiapa.
Ditinggal sejak kecil, tiada gambar bersama bapa

Lebih menyedihkan, Abang Tesla turut menceritakan kisah hidupnya yang membesar tanpa kasih seorang ayah sejak berusia lima tahun.
Setiap kali Aidilfitri, dia menunggu kepulangan ayah yang tidak pernah muncul, dan pengalaman itu memberi kesan mendalam dalam hidupnya.
Menurutnya, adiknya sendiri seja lahir tidak pernah melihat wajah bapa mereka secara langsung dan mungkin hanya akan melihat melalui teknologi seperti AI.
Tak mahu duit, mahu bapa taubat

Abang Tesla menegaskan bahawa dia tidak mengharapkan sebarang wang ringgit. Apa yang dimahukannya hanyalah agar bapanya sedar dan bertaubat atas kesalahan lalu.
Usahawan ini turut menyentuh soal tanggungjawab seorang bapa yang sepatutnya memberi nafkah dan mengambil tahu hal anak-anak, bukannya lepas tangan.
Pssttt! Tanggungjawab sebagai seorang bapa bukan hanya pada nama, tetapi pada amanah yang perlu dijaga sampai akhir hayat. Semoga ada titik penyelesaian buat mereka sekeluarga dan semoga yang salah segera bertaubat sebelum segalanya terlambat.
Kredit: Instagram Abang Tesla
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




